Rabu, 23 Juni 2010

fgfdssfgjhj

Kamis, 10 Juni 2010

"dan demikianlah semuanya harus terjadi karena memang harus terjadi, hidup ini terus berlanjut. kita semuapun pernah merasakan dikhianati dan menghianati, setia dan tidak setia. kita semuapun pernah merasakan cinta yang membawa kita ketempat tertinggi. kita lalu merasakan yang namannya terjatuh karena kesalahan kita sendiri. kita tidak mati, tapi lukanya membuat kita tidak bisa berjalan seperti dulu lagi"

Ibadat

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sebahagian dari siri berkaitan
Allah-eser-green.png
Islam

Rukun Iman

Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji

Kota Suci

Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri · Aidiladha

Hukum

Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik

Lihat juga

Kritikan · Islamofobia
Glosari

Portal Islam
p b s

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang
Kotak ini: papar bincang sunting

Ibadah atau Ibadat (bahasa Arab: عبادة) dari sudut makna (bahasa) adalah merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu.

Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah S.W.T. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.

Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada Allah S.W.T dengan menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan kepasrahan. [1] Imam Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn Ahmad al-Hakami, mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup semua yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir maupun batin. [2]

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Dalil al-Quran

Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan. Firman Allah:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Surah Adz-Dzariyaat : Ayat 56)[3]

[sunting] Bahagian Ibadah

  1. Ibadah Qalbiyah - Ibadah yang berkaitan dengan hati seperti rasa khauf (takut), raja’ (mengharap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan), raghbah (senang) dan rahbah (cemas).
  2. Ibadah Lisaniyah Qalbiyah - Ibadah yang berkaitan dengan lisan dan hati seperti tasbih, tahlil, tahmid, takbir, dan syukur.
  3. Ibadah Badaniyah Qalbiyah - Ibadah yang berkaitan dengan anggota fizikal dan hati seperti solat, zakat, puasa, haji dan jihad.

[sunting] Jenis Ibadah

  • Ibadah Khusus - Iaitu ibadah yang utama ditentukan cara dan syaratnya. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah khusus seseorang itu tidak beriman. Ibadah-ibadat khusus tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Solat
  2. Zakat
  3. Puasa
  4. Haji dan Umrah
  5. Qurban dan Aqiqah
  6. Taharah (bersuci)
  7. Zikir
  8. Doa
  • Ibadah Umum - Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka berdosalah kita. Ibadah-ibadat umum tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Pendidikan
  2. Ekonomi
  3. Politik
  4. Jihad
  5. Muamalat
  6. Munakahat
  7. Jenayat

[sunting] Ciri-ciri Ibadah

  1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus - tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran Kristian. Allah S.W.T sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta ampun.
  2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu.
  3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah sekiranya cukup syarat.

[sunting] Syarat Ibadah

Setiap kerja yang dilakukan akan menjadi ibadah apabila ia memenuhi lima syarat. Setelah kerja yang dilakukan itu menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah S.W.T. Syarat itu ialah:

  1. Amalan yang dilakukan hendaklah diakui Islam dan bersesuaian dengan hukum syara'.
  2. Amalan hendaklah dikerjakan dengan niat yang baik (kerana Allah S.W.T).
  3. Amalan hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya.
  4. Ketika melakukan kerja hendaklah sentiasa mengikut hukum-hukum syariat dan batas-batasnya.
  5. Dalam mengerjakan sesuatu ibadah, tidak lalai dari ibadah yang wajib (ibadah khusus).

[sunting] Salah faham tentang pengertian Ibadah

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan agama-agama lain atau kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu.

Konsep-konsep seperti ini tidak wujud di dalam syariat Islam. Namun demikian pengaruh konsep asing ini telah dapat juga meresap ke dalam kehidupan sebahagian besar daripada masyarakat Islam. Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan terhadap ibadah. Ada yang menganggap ibadah itu hanya tertumpu kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja, terdapat juga di kalangan ummat Islam yang mengaku beribadah kepada Allah, tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu yang lain daripada Allah.

Malah terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu tidak ada kaitan langsung dengan urusan masyarakat, terutamanya dalam bidang politik dan pemerintahan. Semua ini adalah tanggapan-tanggapan yang salah.

[sunting] Nota kaki

  1. Tafsîr at-Thabari, 1/160
  2. Al-Hakami, Ma‘ârij al-Qabûl, 1/84
  3. Kementerian Arab Saudi

[sunting] Rujukan

Selasa, 25 Mei 2010

do'a tanpa usaha itu sombong dan usaha tanpa do'a itu sia-sia